Wednesday 22 January 2014

AUSTRALIA MENCARI DINAR...




Ini adalah pengalamanku… macamana tergerak hati untuk  
bekerja di Australia…





Aku dan isteri memang suka melancong. Ketika kami melancong ke Europe, menaiki eurostar dari Paris ke Amsterdam terlihat ladang-ladang pokok buah yang amat menarik. Terdetik dalam hatiku  “best jugak kalau dapat keje petik buah ni”. Masa tu aku masih bekerja kerajaan. Balik je Malaysia aku terus mencari info tentang kerja-kerja petik buah ni..


 

Hasil perbincangan dengan isteri, aku memutuskan untuk ke Australia saja. Ini memandangkan Europe jauh, makan masa lama dalam flight. Harga flight tiket pun mahal. Banyak info yang aku dapat melalui internet. Kebanyakan memang agen. Dah tak ada pilihan so aku memilih agen ni yang office dia kat Kuala Lumpur. Memang agak mahal 5k (sekarang dengarnya dah 7k). Tapi sebab dah tak ada pilihan dan nak kerja sangat. Pastu tak nak buang masa mencari-cari kerja di Aussie, so aku pun tawakkal saja bayar.









Banyak yang aku baca kat internet nak lepas imigresen susah. Tapi aku dapat lepas dengan mudah saja. Mungkin rezeki aku agaknya. Alhamdulilah..



Dan bermulalah kerja aku sebagai pemetik sayur.. Sebenarnya memang tak ada permit atau visa kerja seperti yang agen2 semua cakap tu. Kita memang pergi atas visa pelancong (boleh apply kat internet saja). So,  visa pelancong ni hanya 3 bulan sahaja. Seminggu sebelum visa tu tamat tempoh aku pulang bercuti ke Malaysia. Cuti sebulan dengan isteri dan anak-anak. Lepas sebulan aku apply visa lagi untuk sambung kerja di Aussie. Kali ni aku dapat contact kontraktor baru sebagai pemetik buah. Pada masa tu musim buah anggur merah.




 



Pergi kali kedua agak mencabar ketika bersoal jawab dengan imigresen Aussie. Memang imigresen sana amat tegas. So kita kena pandai jawab apa yang di tanya. Kena tau jugak berbahasa inggeris ni. Baru dia respect kita sikit. Alhamdulilah aku dapat lepas imigresen. Lega..syukur.



Gaji yang dibayar memang setiap minggu. Selalunya pay day adalah hari jumaat. Seminggu sekali bos akan bagi cuti. So far belum pernah lagi bos aku miss bayar gaji. Dan untuk belanja dapur bos akan bawa kita belanja 2 kali seminggu. Sepanjang pengalaman aku dah 6 bulan di Aussie sebulan bersih yang dapat aku kumpul adalah rm6k. Tu kira dah tolak sume bayar rumah, transport keje dan makan. So pada sesapa yang dah kerja kat Msia gaji lebih dari tu tak payah la kerja kat Aussie ni. Baik kat Msia saja.





Kerja petik buah ni bermusim. Sebab kat Aussie ada 4 musim. Winter, spring, summer dan autumn. So buah2 yang dipetik seperti anggur, apple, nectarine, peach, olive dan sayur2. Gaji pulak ikut bos. Kalau baru sampai bos akan hantar kita ke tempat yang kerja senang sikit. Lepas tu baru ke tempat yang agak mencabar dan gaji pun banyak dalam aud15-aud17 sejam. So nak bagi bos suka kat kita, kenalah kerja tu rajin2 pantas dan cepat. Jangan berat tulang. Kalau malas dan curi tulang je silap2 kena buang kerja..









Tu adalah serba sedikit kisah aku kat sana. Actually banyak lagi citernya. So sesapa yang nak sangat kerja kat Aussie ni boleh berhubung dengan aku. Aku boleh bagi tips2 macamana nak lepas ngan imigresen Aussie sana. Sekarang aku tengah bercuti lagi. Sebab anak2 sume tengah exam UPSR, PMR dan SPM. Lepas settle sume insyallah akan ke sana lagi.. Pesan aku satu saja. Jika niat kita baik, nawaitu betul insyallah Allah akan mudahkan sume urusan kita dan dipermudahkan rezeki kita..amin…
 

Sweet Grape..
 


So bagi sape2 yang berminat nak ke Aussie nak mencuba nasib boleh la hubungi aku sahar_712003@yahoo.com  & tasbihdinar@gmail.com  (013-6831171)…Nak jugak aku ingatkan kat sini tak sume orang yang ke aussie ni berjaya. Yang aku tengok sendiri ada yang boleh bertahan bertahun lamanya tak balik. Ada yang tak sampai sebulan terus balik. Macam-macam orang ada. Agen yang menipu pun banyak. So kena hati2 masa nak pilih agen. Ada yang minta mahal2 padahal tempat kerjanya sama jugak. So buatlah istikarah dulu. Buatlah pilihan yang tepat…



 

 
So aku citer sampai sini dulu. Next aku citer plak pasal keje kat Auckland New Zealand.                      Tunggu ya….