Thursday 14 August 2014

Salam Aidilfitri... 

Masih di bulan Syawal.. Maaf agak lama saya tak update blog ni. Busy dgn urusan2 pemprosesan visa dan penghantara rakan2 yang menghubungi saya untuk merasa pengalaman bekerja di negara 4 musim ini. Ramai..memang ramai yg dah ke Aussie.. Sebelum puasa dan dalam bulan puasa pun ada yg pergi jgk mencari rezeki di bumi kanggaro tersebut. Masing2 ada masalah hidup masing2..cuma sering saya ingatkan buatlah istikarah dahulu..minta petunjuk Allah untuk ke sana..


Group terbaru lepas raya baru ni 6 orang. Berlepas pada 9Aug2014..Alhamdulilah..sekarang dah bekerja di ladang.. Dan ada lagi group2 yg akan berlepas tak lama lagi..InsyaAllah..


Ini gambar2 yg dapat saya sharekan utk rakan2 yg terasa atau bakal ke bumi Aussie utk mencari rezeki utk keluarga.. semoga Allah sentiasa memberkati rezeki kita aminn...
















Monday 10 March 2014











Summer Di Aussie...

Ramai yang email dan telefon aku bertanya tentang kerja2 aku di aussie dulu. Aku masih di bumi Msia kerana ada perkara yang mesti diselesaikan sebelum ke aussie lagi. So dapatlah aku menjawab call2 yg masuk bertali arus. Insyallah mana yang dapat aku tolong aku akan tolong. Kesian..memang kesian bila mendengar cerita... "saya dah bayar agen la bang..dia minta 5k untuk buat permit kerja. Proses selama 6 bulan..". Ingin aku tekankan disini memang TAK ADA permit kerja petik buah dan sayur ni.. Jadi aku terpanggil untuk menolong orang2 yg benar2 nak ke aussie bekerja membantu keluarga mencari rezeki dengan kadar seminima yang mungkin..Insyallah...

Bos aku di Aussie dah berkali2 telefon suruh aku balik kerja... Tapi belum masa untuk aku comeback.. Info terkini..Rate gaji sekarang (summer) :-

Anggur aud 0.20 sekilo
Kacang buncis aud 1.00 sekilo
Bayam aud 13.00 sejam (Bos akan pilih ikut performance)

So boleh pilih ladang mana nak masuk. Setiap satu ladang jarak memang agak jauh dalam 5-8 jam naik train. Terus terang aku katakan kerja memang teruk dan penat. Awal2 pagi dah keluar kerja. Petang balik masak mandi makan dan tido.. Itulah rutin harian. Rumah pulak betul2 dalam ladang. Kerja di aussie ni kena smart. Kalau dapat peluang ke tempat lain boleh la cuba tapi hati2 dengan bos yg x bayar gaji. Kerja penat gaji xde...

So pesan aku pada sapa2 yang nak ke aussie jangan call @ jumpa dgn sorang agen sahaja. Call @ jumpa lah 2-3 orang dulu baru buat keputusan. Buatlah istikarah dan ikut lah kata hati..buat pilihan terbaik. Jangan tergopoh gapah nanti menyesal.. Sebab ada agen yang amik kos yg tinggi dan cerita indah2. Dan ada juga agen yang menipu. Duit dah ambil, bila sampai aussie tutup phone..

So sampai sini dulu aku update info utk musim summer di aussie ni.. Insyallah aku update lagi info di aussie... Berminat nak tanya lebih lanjut sila lah call saya........
(sahar_712003@yahoo.com / 0136831171 saharudin)

Wednesday 22 January 2014

AUSTRALIA MENCARI DINAR...




Ini adalah pengalamanku… macamana tergerak hati untuk  
bekerja di Australia…





Aku dan isteri memang suka melancong. Ketika kami melancong ke Europe, menaiki eurostar dari Paris ke Amsterdam terlihat ladang-ladang pokok buah yang amat menarik. Terdetik dalam hatiku  “best jugak kalau dapat keje petik buah ni”. Masa tu aku masih bekerja kerajaan. Balik je Malaysia aku terus mencari info tentang kerja-kerja petik buah ni..


 

Hasil perbincangan dengan isteri, aku memutuskan untuk ke Australia saja. Ini memandangkan Europe jauh, makan masa lama dalam flight. Harga flight tiket pun mahal. Banyak info yang aku dapat melalui internet. Kebanyakan memang agen. Dah tak ada pilihan so aku memilih agen ni yang office dia kat Kuala Lumpur. Memang agak mahal 5k (sekarang dengarnya dah 7k). Tapi sebab dah tak ada pilihan dan nak kerja sangat. Pastu tak nak buang masa mencari-cari kerja di Aussie, so aku pun tawakkal saja bayar.









Banyak yang aku baca kat internet nak lepas imigresen susah. Tapi aku dapat lepas dengan mudah saja. Mungkin rezeki aku agaknya. Alhamdulilah..



Dan bermulalah kerja aku sebagai pemetik sayur.. Sebenarnya memang tak ada permit atau visa kerja seperti yang agen2 semua cakap tu. Kita memang pergi atas visa pelancong (boleh apply kat internet saja). So,  visa pelancong ni hanya 3 bulan sahaja. Seminggu sebelum visa tu tamat tempoh aku pulang bercuti ke Malaysia. Cuti sebulan dengan isteri dan anak-anak. Lepas sebulan aku apply visa lagi untuk sambung kerja di Aussie. Kali ni aku dapat contact kontraktor baru sebagai pemetik buah. Pada masa tu musim buah anggur merah.




 



Pergi kali kedua agak mencabar ketika bersoal jawab dengan imigresen Aussie. Memang imigresen sana amat tegas. So kita kena pandai jawab apa yang di tanya. Kena tau jugak berbahasa inggeris ni. Baru dia respect kita sikit. Alhamdulilah aku dapat lepas imigresen. Lega..syukur.



Gaji yang dibayar memang setiap minggu. Selalunya pay day adalah hari jumaat. Seminggu sekali bos akan bagi cuti. So far belum pernah lagi bos aku miss bayar gaji. Dan untuk belanja dapur bos akan bawa kita belanja 2 kali seminggu. Sepanjang pengalaman aku dah 6 bulan di Aussie sebulan bersih yang dapat aku kumpul adalah rm6k. Tu kira dah tolak sume bayar rumah, transport keje dan makan. So pada sesapa yang dah kerja kat Msia gaji lebih dari tu tak payah la kerja kat Aussie ni. Baik kat Msia saja.





Kerja petik buah ni bermusim. Sebab kat Aussie ada 4 musim. Winter, spring, summer dan autumn. So buah2 yang dipetik seperti anggur, apple, nectarine, peach, olive dan sayur2. Gaji pulak ikut bos. Kalau baru sampai bos akan hantar kita ke tempat yang kerja senang sikit. Lepas tu baru ke tempat yang agak mencabar dan gaji pun banyak dalam aud15-aud17 sejam. So nak bagi bos suka kat kita, kenalah kerja tu rajin2 pantas dan cepat. Jangan berat tulang. Kalau malas dan curi tulang je silap2 kena buang kerja..









Tu adalah serba sedikit kisah aku kat sana. Actually banyak lagi citernya. So sesapa yang nak sangat kerja kat Aussie ni boleh berhubung dengan aku. Aku boleh bagi tips2 macamana nak lepas ngan imigresen Aussie sana. Sekarang aku tengah bercuti lagi. Sebab anak2 sume tengah exam UPSR, PMR dan SPM. Lepas settle sume insyallah akan ke sana lagi.. Pesan aku satu saja. Jika niat kita baik, nawaitu betul insyallah Allah akan mudahkan sume urusan kita dan dipermudahkan rezeki kita..amin…
 

Sweet Grape..
 


So bagi sape2 yang berminat nak ke Aussie nak mencuba nasib boleh la hubungi aku sahar_712003@yahoo.com  & tasbihdinar@gmail.com  (013-6831171)…Nak jugak aku ingatkan kat sini tak sume orang yang ke aussie ni berjaya. Yang aku tengok sendiri ada yang boleh bertahan bertahun lamanya tak balik. Ada yang tak sampai sebulan terus balik. Macam-macam orang ada. Agen yang menipu pun banyak. So kena hati2 masa nak pilih agen. Ada yang minta mahal2 padahal tempat kerjanya sama jugak. So buatlah istikarah dulu. Buatlah pilihan yang tepat…



 

 
So aku citer sampai sini dulu. Next aku citer plak pasal keje kat Auckland New Zealand.                      Tunggu ya….