Monday, 10 March 2014











Summer Di Aussie...

Ramai yang email dan telefon aku bertanya tentang kerja2 aku di aussie dulu. Aku masih di bumi Msia kerana ada perkara yang mesti diselesaikan sebelum ke aussie lagi. So dapatlah aku menjawab call2 yg masuk bertali arus. Insyallah mana yang dapat aku tolong aku akan tolong. Kesian..memang kesian bila mendengar cerita... "saya dah bayar agen la bang..dia minta 5k untuk buat permit kerja. Proses selama 6 bulan..". Ingin aku tekankan disini memang TAK ADA permit kerja petik buah dan sayur ni.. Jadi aku terpanggil untuk menolong orang2 yg benar2 nak ke aussie bekerja membantu keluarga mencari rezeki dengan kadar seminima yang mungkin..Insyallah...

Bos aku di Aussie dah berkali2 telefon suruh aku balik kerja... Tapi belum masa untuk aku comeback.. Info terkini..Rate gaji sekarang (summer) :-

Anggur aud 0.20 sekilo
Kacang buncis aud 1.00 sekilo
Bayam aud 13.00 sejam (Bos akan pilih ikut performance)

So boleh pilih ladang mana nak masuk. Setiap satu ladang jarak memang agak jauh dalam 5-8 jam naik train. Terus terang aku katakan kerja memang teruk dan penat. Awal2 pagi dah keluar kerja. Petang balik masak mandi makan dan tido.. Itulah rutin harian. Rumah pulak betul2 dalam ladang. Kerja di aussie ni kena smart. Kalau dapat peluang ke tempat lain boleh la cuba tapi hati2 dengan bos yg x bayar gaji. Kerja penat gaji xde...

So pesan aku pada sapa2 yang nak ke aussie jangan call @ jumpa dgn sorang agen sahaja. Call @ jumpa lah 2-3 orang dulu baru buat keputusan. Buatlah istikarah dan ikut lah kata hati..buat pilihan terbaik. Jangan tergopoh gapah nanti menyesal.. Sebab ada agen yang amik kos yg tinggi dan cerita indah2. Dan ada juga agen yang menipu. Duit dah ambil, bila sampai aussie tutup phone..

So sampai sini dulu aku update info utk musim summer di aussie ni.. Insyallah aku update lagi info di aussie... Berminat nak tanya lebih lanjut sila lah call saya........
(sahar_712003@yahoo.com / 0136831171 saharudin)

No comments:

Post a Comment